Photobucket

Photobucket

Servis Blog Murah



-->Blog bermula dari era tahun 1990 lagi dengan aplikasi-aplikasi tertentu seperti board perbincangan (forum). 

-->Bermula daripada aplikasi tersebut, maka lahirlah aplikasi blog yang dikenali sebagai online jurnal atau online diary dalam sekitar tahun 1994-2001. Blogger dikenali sebagai jurnalist atau diarists.

-->Dalam tahun 2001-2004, blog banyak digunakan untuk penulisan mengenai isu semasa terutama politik. Perubahan atau wujudnya perisian-perisian blog yang mudah digunapakai, menyebabkan ia diguna secara meluas untuk penyampaian sesuatu berita dan informasi.

-->Namun, daripada penggunaan yang lebih kepada peribadi dan isu semasa, kini ia telah diadaptasikan untuk perniagaan, menjana pendapatan dan sebagai satu tools pemasaran yang berkesan. 

-->Secara mudahnya, blog adalah satu medium untuk membina kredibiliti, menunjukkan kepakaran penulis, tempat ‘mempromosi’ produk atau servis dan berinteraksi dengan pengguna atau pelawat. (Sumber : Tutorial Newbie)


Sampaikan pendapat anda
Sebenarnya sebagai manusia anda mesti ada pandangan sendiri tentang apa sahaja yang berlaku di sekeliling. Dan anda tidak mampu bersuara untuk menyampaikan komentar tentang sesuatu. Maka blog adalah tempat yang paling sesuai. Nyatakan isu yang berlaku dan lontarkan pendapat anda. Kerana mungkin di luar sana ramai yang rupa-rupanya sependapat dengan anda.

Gilap potensi anda
Jika anda seorang yang bijak menyusun kata-kata, terror dalam mengarang, sensitif terhadap isu dan kreatif, mengapa anda hanya biarkan bakat anda terbiar begitu sahaja. Anda patut gilap bakat ini. Berapa ramai di luar sana yang tidak menyedari tentang bakat yang diberikan kepada mereka.

Tambah ilmu pengetahuan
Bukan senang membina blog. Lebih-lebih lagi untuk mengetengahkan konsep blog kita pada orang lain dan meyakinkan mereka. Maka sudah pasti kita memerlukan ‘homework’ yang banyak dan membuat research untuk satu-satu posting. Maka di sini secara tidak langsung akan memberikan input-input baru kepada minda anda tentang apa saja ilmu.

Kawan biar seribu
Berblog sebenarnya memberikan anda ruang yang luas untuk mencari dan membina kenalan baru. Persahabatan di alam maya, tetapi persahabatan sebenarnya berlaku atas dasar perkongsian ilmu dan bertukar pendapat. Silap-silap anda boleh bertemu jodoh dengan kawan-kawan blogger anda.

 Sumber ekonomi luar waktu kerja
Haa.. jangan tak tahu kalau anda tahu bagaimana memasarkan produk anda di blog, anda sebenarnya sedang berusaha keras menambahkan pendapatan anda. Bayangkanlah dengan hanya menulis anda mampu menjana pendapatan anda. Tapi perlu dapatkan info tambahan untuk cara-caranya sebab saya tak nyatakan di sini.

Mengajarkan ilmu
Anda mungkin seorang yang berilmu dan ingin berkonsi ilmu bersama orang ramai. Jadi blog adalah saluran yang paling mudah untuk dikongsikan. Sampaikan ilmu walaupun hanya satu ayat. Jangan biarkan diri anda diselubungi rasa hampa untuk berdakwah dan menyampaikan ilmu.

Isi masa lapang
Anda yang tak sukakan aktiviti lasak dan lebih gemarkan aktiviti minda, blog adalah ruang paling sesuai tuk anda terus mengisi lapang dengan berfikir dan berfikir. Tahukah anda banyak berfikir dapat membantu anda dari nyanyuk. So ada juga kebaikannya. (Sumber : Alongwairnazz)

-->Malaysia merupakan salah satu negara di ASEAN yang mencatatkan jumlah blogger yang terbesar iaitu sebanyak 1.10 juta orang

-->Hampir semua golongan mempunyai blog, termasuklah :  
  • Kanak-kanak
  • Pelajar
  • Guru
  • Peguam
  • Petani
  • Kerani
  • Bos 
  • Malah Perdana Menteri juga mempunyai website sendiri!
Jadi, blog tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja. Semua orang boleh buat blog.

--->Kepada anda yang baru berjinak dalam dunia internet, membuat blog adalah perkara yang amat sukar sekali, walaupun telah di sediakan tutorial lengkap. Perkara inilah yang menghalang kebanyakan orang untuk membuat blog.

--->Di sebabkan itulah, pihak Servis Blog Murah (SBM) telah menyediakan khidmat membuat blog untuk anda. Yang pasti, dengan hanya RM10.00, anda dapat memiliki blog idaman.


--->Sila lihat blog yang telah dihasilkan oleh SBM : 
  1. www.firdauskasim.com
  2. kisahcintasayang.blogspot.com
  3. safiraprinting.blogspot.com

    Sebuah Blog yang dilengkapi dengan widget pilihan anda.

    Header Percuma.
    Submit URL Blog ke Search Engine.
    Banner Percuma (atas permintaan)
    Order Form (blogshop sahaja)
    Khidmat Sokongan Online Melalui Email, Facebook dan YM



    PERCUMA ! SENARAI WEBSITE TUTORIAL 
    PERCUMA ! SENARAI WEBSITE LAYOUT 
    PERCUMA ! SENARAI WEBSITE KOMUNITI BLOGGER TEMPATAN 
    PERCUMA ! E-BOOK PANDUAN MEMBUAT DUIT DARI BLOG 
    Home - Servis - Portfolio - Order Now - Contact
    Copyright © 2011 Servis Blog Murah All Rights Reserved.